Selasa, 4 April 2017

kurma shake

kurma shake

resepi kurma shake

buah kurma
buah tin (xtau korang panggil buah apa, tapi buah yang org slalu bawak balik dari mekah tu)
appricot kering
susu
yougurt
ais

blend ja sume benda kat atas tu. lepas da siap boleh minum. tapi aku nyer terlebih manis n rasa susu sebab pekat gile kot. - well, nama pun 1st time try, hehehee
lpas tambah air sket dia ok la rasa dia. sedap



WRAP DAGING





WRAP DAGING


ni yang da siap. versi terlebih inti die




capati segera
daging cincang
salad
tomato
carrot
bawang besar 
blackpepper
cheese
garam sket

daging cincang, tomato, carrot masuk skali dalam kuali n masukkan air. biar mendidih.
lepas tu masukkan garam n blackpepper.
kacau2 sampai agak kering n angkat.

capati tu masak atas kuali tanpa minyak. lepas tu letak cheese.
lepas tu letak salad, bawang, n bahan yang masak tadi.

lastly wrap la. 
tapi mengikut experience aku yang tak seberapa ni, kalau wrap time panas2 cam tu dia cam xnak jadi lak. cam xkemas n nak pecah2.

may b kalau biar sejuk sket capati / wrap tu baru wrap, dia akan jadi ok kot.

AYAM STIM




AYAM STIM



BAHAN - BAHAN 

ayam 
halia
bawang putih
bawang merah
tomato 
garam

CARA - CARA

Masukkan ayam dan semua bahan - bahan di atas kecuali tomato ke dalam pemanggang ajaib. masukkan air, masak dengan api perlahan. Jika air hampir kering, boleh tambah air. Ai memang akan guna pemanggang ajaib untuk masak stim sebab senang. dia akan masak sekata. Lepas tu, tengok jika ayam da masak, boleh masukkan tomato. masak sekejap dan boleh tutup dah. 



AYAM BERKUAH KUNYIT



AYAM BERKUAH KUNYIT


BAHAN - BAHAN 

Ayam
Minyak masak
Air

Bahan - bahan kisar

Kunyit hidup
halia
bawang merah
bawang putih
garam

Bahan - Bahan (Hiris)

halia
bawang merah
bawang putih


CARA - CARA

Masukkan sikit minyak masak dalam periuk, tumis bahan hiris sampai kekuningan dan bau wangi.  Lepas tu masukkan bahan kisar. Kacau sampai perang dan masukkan air. Masukkan ayam dan biarkan mendidih. Bila ayam dah masak, boleh kecikkan api dan tunggu kuah pekat sikit. Lepas tu dah boleh angkat.




Isnin, 3 April 2017

sup ayam

SUP AYAM




BAHAN - BAHAN

Ayam
Ubi kentang
Minyak
Air
Halia dihiris
Bawang Merah dihiris
Bawang Putih dihiris
Kulit kayu manis
Buah Pelaga
Bunga Cengkih 
Bunga Lawang
Lada Hitam- ditumbuk

CARA - CARA

Panaskan sedikit minyak dan masukkan halia, bawang merah dan bawang putih. Masak hingga kekuning - kuningan dan naik bau wangi. Kemudian, masukkan bunga lawagn, bunga cengkih, kulit kayu manis, dan buah pelaga. Kemudian masukkan air, ayam dan ubi kentang. biar sehingga mendidih. Lepas dah mendidih, boleh masukkan garam dan lada hitam yang telah ditumbuk. biarkan seketika dan da boleh diangkat. :)