Ahad, 15 Oktober 2017

gulai ikan / kari ikan


bahan - bahan 
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halba campur (sepeket kecik)
jintan putih
daun kari
bendi
tomato
ikan
santan
sedikit air asam jawa
garam 
minyak
rempah kari ikan (paket kecik)

cara - cara
1. tumis bawang merah, bawang putih, halba campur, jintan putih dan daun kari.
2. setelah agak kekuningan, masukkan rempah kari ikan. 
3. masukkan sediki air dan biarkan mendidih hingga pecah minyak.
4. masukkan ikan dan air asam jawa
5. masukkan santan dan sedikit air
6. masukkan bendi dan tomato
7. biarkan mendidih. selepas itu kecikkan api. 
8. biarkan dalam beberapa minit, kemudian boleh dihidangkan.

tomyam putih




bahan - bahan

ayam
sotong
2 batang serai - dititik
2 ulas bawang putih (diketuk)
2 ulas bawang merah (diketuk)
1 ulas bawang besar (dibelah empat)
2cm lengkuas (diketuk)
5 biji cili api (diketuk)
3 biji tomato (dibelah 4)
cendawan
bunga kobis
sodek jagung /baby jagung - yang ni kalau x letak pun xpe. sebab bila letak ilang rasa tomyam. rasa cam sup sayur lak 
1biji limau nipis
garam 
air
daun limau purut


cara - cara

1. masukkan air, bawang merah, bawang putih, serai, bawang besar, lengkuas, ayam dan cili api ke dalam periuk dan rebus hingga mendidih.
2. setelah mendidih, masukkan sotong, daun limau purut dan perahan limau.
3. selepas itu, masukkan sayuran. 
4. biarkan mendidih. kemudian masukkan garam.
5. biarkan dalam beberapa minit sebelum tutup api.



siakap 3 rasa



Bahan - bahan 

1 ekor ikan siakap
minyak masak

Bahan untuk tumis
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
4 biji cili

Bahan hiris
1 ulas bawang besar
carrot
bunga kobis
daun limau purut

Bahan sos
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
1 sb sos tiram
1 sb gula
1 biji limau nipis


Cara - cara
1. goreng ikan sehingga masak, ketepikan
2. guna separuh minyak goreng ikan tadi, masukkan bahan tumis. tumis hingga naik bau.
3. masukkan bahan hiris.
4. masukkan bahan sos.
5. masukkan sedikit air, kacau.
6. masak hingga pekat. tuang kuah atas ikan yang telah digoreng tadi.

*gambor ikan separuh je sebab makan sorang je.

Ahad, 17 September 2017

masak asam ikan merah


Bahan - bahan

2 ekor ikan gelama merah
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
asam jawa
air
minyak


Cara - cara
1. Ikan gelama merah digoreng terlebih dahulu.
2. panaskan periuk, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Kacau dan biar hingga naik bau.
3. Masukkan air asam jawa. biarkan seketika.
4. Masukkan ikan gelama merah yang telah digoreng td.
5. Masukkan garam, biarkan seketika hingga mendidih.
6. Angkat dan sedia untuk dihidanng.

spaghetti aglio olio




Bahan - bahan

2 bungkus spaghetti
5 ulas bawang putih ( hiris)
1 ulas bawang besar / bawang holland (potong dadu)
1 sudu besar mixed herb (ai masuk mixed herbs sebab xde parsley n oregano flakes)
1 kiub pati ayam
1 sudu lada hitam(kalau nak kurang pedas, boleh kurangkan)
250gram cendawan kering
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada benggala merah
udang
sotong
garam
minyak masak (ai campur majerin sket)


Cara - cara
1. Rebus spaghetti hingga lembut dan toskan.
2. Masukkan minyak dalam kuali dan panaskan.
3. Masukkan bawang putih, bawang besar. Tumis hingga kekuningan.
4. Masukkan udang, sotong dan sedikit air. biar mendidih.
5. Masukkan cendawan kering, lada benggala, kiub pati ayam dan mixed herbs. Biarkan seketika.
6. Masukkan spaghetti, kacau sekata.
7. Tutup api dan boleh dihidangkan.

SINGGANG DAGING

singgang daging ni untuk 6 ke 7 orang makan


Bahan - Bahan

1/2 kg Daging
2 inci lengkuas (diketuk)
2 inci halia (diketuk)
3 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
ketumbar (blend n letak dalam kain, buat macam bunjut sup tu)
5 keping asam keping
1 keping gula melaka (yang kecik skali)
garam
air

Cara - Cara

masukkan semua bahan dalam periuk, rebus hingga daging empuk. Masukkan garam secukupnya, biarkan seketika dan boleh tutup api.


*gambar singgang xde sebab x sempat snap.

Ahad, 18 Jun 2017

biskut mazola / biskut kacang




biskut ni mulanya ai nak buat ikut resepi cam kat bawah ni (dapat dari fb).  tapi disebabkan ai kekurangan bahan, so ai adjust je ikut suka. hehehe. tapi jadi je. dowang makan cakap sedap je. ok la tu kan.


bahan - bahan  (ikut fb)

1kg kacang tanah kisar
1 kg tepung gandum
700 ml minyak mazola
2 cawan gula icing (atau 1 cawan gula icing dan 1 cawan gula perang lembut)
1 sudu makan garam halus
kacang untuk hiasan
kuning telur untuk hiasan


bahan - bahan (ai adjust)

800 gram kacang tanah (ai kisar sendiri)
800 gram tepung gandum
500 ml minyak mazola
2 cawan gula kastor yang dikisar 
1 cawan gula perang lembut
1 sudu makan garam halus
kacang shandong untuk hiasan
kuning telur untuk hiasan


cara - cara

1. masukkan kacang yang telah dikisar, garam dan tepung gandum. gaul sebati
2. masukkan gula dan gaul sebati
3.masukkan minyak sedikit demi sedikit dan gaul
4. bentukkan dengan sudu 
5.letak kacang dan kuning telur.
6. bakar +- 15 minit, suhu 160deg cel. (yang ni  ai pakai oven dapur gas. termometer dia pun tak sharp. so main agak2 jela timing tu)


ai bentukkan pakai sudu ni.

rupa dia sebelum bakar