Ahad, 15 Oktober 2017

gulai ikan / kari ikan


bahan - bahan 
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halba campur (sepeket kecik)
jintan putih
daun kari
bendi
tomato
ikan
santan
sedikit air asam jawa
garam 
minyak
rempah kari ikan (paket kecik)

cara - cara
1. tumis bawang merah, bawang putih, halba campur, jintan putih dan daun kari.
2. setelah agak kekuningan, masukkan rempah kari ikan. 
3. masukkan sediki air dan biarkan mendidih hingga pecah minyak.
4. masukkan ikan dan air asam jawa
5. masukkan santan dan sedikit air
6. masukkan bendi dan tomato
7. biarkan mendidih. selepas itu kecikkan api. 
8. biarkan dalam beberapa minit, kemudian boleh dihidangkan.

tomyam putih




bahan - bahan

ayam
sotong
2 batang serai - dititik
2 ulas bawang putih (diketuk)
2 ulas bawang merah (diketuk)
1 ulas bawang besar (dibelah empat)
2cm lengkuas (diketuk)
5 biji cili api (diketuk)
3 biji tomato (dibelah 4)
cendawan
bunga kobis
sodek jagung /baby jagung - yang ni kalau x letak pun xpe. sebab bila letak ilang rasa tomyam. rasa cam sup sayur lak 
1biji limau nipis
garam 
air
daun limau purut


cara - cara

1. masukkan air, bawang merah, bawang putih, serai, bawang besar, lengkuas, ayam dan cili api ke dalam periuk dan rebus hingga mendidih.
2. setelah mendidih, masukkan sotong, daun limau purut dan perahan limau.
3. selepas itu, masukkan sayuran. 
4. biarkan mendidih. kemudian masukkan garam.
5. biarkan dalam beberapa minit sebelum tutup api.



siakap 3 rasa



Bahan - bahan 

1 ekor ikan siakap
minyak masak

Bahan untuk tumis
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
4 biji cili

Bahan hiris
1 ulas bawang besar
carrot
bunga kobis
daun limau purut

Bahan sos
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
1 sb sos tiram
1 sb gula
1 biji limau nipis


Cara - cara
1. goreng ikan sehingga masak, ketepikan
2. guna separuh minyak goreng ikan tadi, masukkan bahan tumis. tumis hingga naik bau.
3. masukkan bahan hiris.
4. masukkan bahan sos.
5. masukkan sedikit air, kacau.
6. masak hingga pekat. tuang kuah atas ikan yang telah digoreng tadi.

*gambor ikan separuh je sebab makan sorang je.