Isnin, 1 Mei 2017

nasi kerabu kelantan




NASI

nasi dimasak seperti biasa, cuma tambahkan bunga telang (saya masukkan yang macam pes/pewarna tu), serai , daun limau purut dan daun pandan.


SAMBAL KELAPA

BAHAN

ikan selayang - direbus dan ambil isinya
kelapa parut - di goreng garing
bawang merah
bawang putih
halia
serai
garam gula


CARA

bawang merah, bawang putih, halia dan serai di blend.  goreng kelapa parut - kacau sentiasa supaya tidak hangit. masukkan ikan, dan bahan - bahan yang telah di blend serta garam dan gula. goreng dan kacau sentiasa sehingga kering. setelah kering, angkat dan sedia dihidangkan.


TUMIS

BAHAN


bawang merah
bawang putih
cili kering
halia
serai 
asam keping
gula melaka
garam
budu
santan
minyak


CARA

bawang merah, bawang putih, halia dikisar. kemudian kisar cili kering. panaskan minyak, masukkan bahan - bahan yang dikisar kecuali cili. tumis sampai naik bau. lepas tu masukkan cili kering yang telah dikisar. masukkan air sedikit dan biarkan mendidih.kemudian masukkan santan, garam dan gula.  kemudian masukkan asam gelugur. biarkan mendidih dan pekat sedikit. kemudian angkat dan sedia dihidang. 


saya tak masukkan budu untuk tumis ni sebab tak ingat nak bawak balik budu kat kg. tapi rasa dia not bad even without budu.


ULAM

BAHAN

daun kesum
kacang panjang
timun
kobis
bunga kantan 
taugeh

CARA
semua ulam dihiris halus. gaul rata.


SAMBAL CILI

BAHAN

cili
garam 
gula
cuka

CARA
blend semua bahan.





SOLOK LADA

BAHAN


ikan selayang - direbus
bawang merah
bawang putih
halia
serai
kelapa muda parut
santan 
gula 
garam
lada thai


CARA

1. lada thai dibuang biji dan direbus seketika. 
2. bawangmerah, bawang putih, halia dan serai di kisar. ikan selayang yang telah direbus diambil isinya sahaja. kemudian masukkan bahan yang telah dikisar dan kelapa muda ke dalam isi ikan rebus. masukkan juga sedikit garam dan gula. gaul hingga sebati. 
3. masukkan bahan no.2 ke dalam lada thai.  kemudian masukkan ke dalam periuk. masukkan santan. rebus sehingga masak.


LAUK - PAUK

telur masin
ikan celup tepung
keropok lekor 
solok lada


CARA PENYEDIAAN NASI KERABU

1. Letakkan nasi dalam pinggan
2. Letakkan sedikit sambal kelapa, tumis, sambal cili dan budu.
3. Letak ulam dan keropok
4. Letakkan lauk- pauk seperti solok lada dan telur masin.
sedia untuk dihidangkan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan