Isnin, 12 Jun 2017

chocolate oat

CHOCOLATE OAT

Resepi chocolate oat ni sebenarnya ai amik kat sini . first time buat memang jadi. cuma lepas tu disebabkan kekurangan peanut butter, ai pun adjust2 resepi. hahaha. kat bawah ni version yang ai da adjust sesedap rasa.


Bahan - Bahan
1. 2 cawan coklat masakan (ai pakai berryl's) - bukan dark choc.
2. 4 cawan Oat
3. 3/4 Mentega (ai pakai buttercup)
4. 1/4 cawan Madu
5. Buahan Kering 
6. 1 sudu kecil Esen vanilla


Cara - cara
1. Masukkan mentega, madu dan coklat ke dalam kuali dan cairkan dengan api sederhana. 
2. Masukkan esen vanilla.
3. Dalam bekas lain masukkan oat. Kemudian tuangkan coklat yang telah dicairkan tadi ke dalam oat. 
4. Masukkan buah - buahan kering
5. Kacau sebati.
6. Bentukkan bulat- bulat macam bola dan masukkan dalam paper cup. 
7. Sejukkan dalam peti ais semalaman
8. Sedia untuk dihidang

*Masa ai buat tu, oat tu agak lerai. tak melekat. so ai cairkan coklat dan masukkan lagi dalam oat tu. sampai melekat macam doh.
* Buahan kering tu option je. boleh masukkan kismis, kurma/ atau buah yang korang suka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan